SpONsOrShIp In KPTM


Written by Salyza Zainora on 27 March 2013.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA
Program Pendidikan Kolej - Poly Tech MARA 


A. SYARAT
SYARAT AM
·         Mesti Bumiputera warganegara Malaysia.
·         Mesti ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
·         Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh manamana badan penganjur atas sebabsebab tindakan disiplin.
·         Tidak pernah dianjur oleh manamana badan penganjur lain di peringkat pengajian yang sama.
·         Mendapat pelepasan kontrak jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain.
·         Mendapat penggantungan atau pelepasan jawatan atau kebenaran bertulis dari majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
·         Diperakui sihat dan normal oleh panel doktor yang bertauliah.
·         Mesti memperolehi empat (4) matapelajaran Kredit/Kepujian di peringkat SPM/SPMV termasuk matapelajaran Matematik serta lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. (Matapelajaran yang kredit tidak termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).
·         Tidak pernah diberhentikan pengajian atas sebab GAGAL bagi pengajian terdahulu. (Penalti satu semester dan permohonan pinjaman hanya akan dipertimbangkan pada semester kedua)

B. SYARAT KELAYAKAN PENDAPATAN
PENDAPATAN BERCUKAI  IBU  DAN  BAPA  (TAHUNAN)
JENIS BANTUAN
≤RM170,000.00
Penuh
RM170,001.00 hingga RM250,000.00
Sebahagian*
>RM250,001.00
Tidak Layak
Nota: Bantuan sebahagian* bermaksud elaun sara hidup bulanan tidak termasuk dalam bantuan pinjaman yang diberi.


C. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK 

Syarat kelayakan akademik pinjaman pelajaran MARA adalah sebagai panduan bagi anda yang ingin memohon pinjaman pelajaran MARA setelah ditawarkan tempat pengajian di Kolej Poly
 Tech MARA adalah seperti berikut :
KELAYAKAN
SYARAT
SPM
1. Subjek  wajib  KREDIT – MATEMATIK
2. Tiga (3)  SUBJEK  LAIN (cth  Sejarah,  Pendidikan  Islam,  Perdagangan)
3. Subjek  LULUS BAHASA  MELAYU  DAN  BAHASA  INGGERIS
STPM
Perlu  mendapat  sekurangkurangnya  2  prinsipal  di  peringkat  STPM
DAN 
Lulus  dalam  subjek  Bahasa  Melayu  di  peringkat  SPM
DIPLOMA
1.Perlu  mendapat  sekurangkurangnya  CGPA  2.00  di  peringkat  Diploma  dari  IPMA
ATAU
2. CGPA  2.50  dari  IPTA/IPTS
DAN 
Lulus  dalam  subjek  Bahasa  Melayu  di  peringkat  SPM

Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan boleh memohon kemudian menggunakan keputusan peperiksaan semester atau tahun (mengikut struktur program) dengan mendapat CGPA 2.00 dan ke atas atau yang sama nilai dengannya.

Bagi permohonan pinjaman yang menggunakan kelayakan selain dari SPM seperti contoh menggunakan sijil/ diploma atau lain
lain kelayakan yang dibenarkan oleh MARA perlu juga mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV.


PERMOHONAN PINJAMAN SECARA ONLINE (e
Eduloan) 


Pemohon yang telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian ke KPTM serta layak memohon mengikut syarat
syarat yang dinyatakan, adalah dikehendaki membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA melalui Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA eduLoan yang hanya terbuka kepada pengguna yang berdaftar dengan melayari laman web berikut:

http://eduloan.mara.gov.my/ 

Pemohon hendaklah membaca dengan teliti dan memahami Garis Panduan Permohonan dalam laman web berkenaan sebelum membuat permohonan Pinjaman secara online (e
Eduloan).

Selepas menghantar permohonan pinjaman MARA secara online, permohon boleh menyemak status permohonan melalui sistem yang sama. Bergantung kepada status permohonan pinjaman, skrin akan dipaparkan mengikut maklumat terkini status permohonan.

Setelah diluluskan, pemohon dikehendaki mencetak surat tawaran bersama
sama dokumen perjanjian mengikut arahan yang ditetapkan oleh MARA.

Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar bersama
sama borang permohonan (dicetak setelah membuat permohonan secara on line) dan juga set 2 ke pejabat unit tajaan kolej masingmasing paling lewat 2 minggu dari tarikh mencetak surat tawaran.


Written by Salyza Zainora on 27 March 2013.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PINJAMAN PELAJARAN PTPTN
Program Pendidikan Kolej Poly - Tech MARA 


Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat
syarat berikut: 
1.      Pemohon adalah warganegara Malaysia;
2.      Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3.      Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurangkurangnya 3 kepujian dalam manamana mata pelajaran;
4.      Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.00 dan ke atas;
5.      Bagi pelajarpelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/IPTS) / Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
6.      Bagi pelajarpelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
7.      Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;
8.      Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun;
9.      Tidak mempunyai penaja lain;
10.  * Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN adalah diwajibkan untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum RM 20.00

PERMOHONAN PINJAMAN SECARA ONLINE (e
Pinjaman) 
·         Pemohon yang telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian ke KPTM serta layak memohon mengikut syaratsyarat yang dinyatakan, adalah dikehendaki membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran PTPTN secara Online dengan cara membeli nombor pin di BSN dan melayar laman web berikut:
·         Pemohon hendaklah membaca dengan teliti dan memahami Garis Panduan Permohonan dalam laman web berkenaan sebelum membuat permohonan Pinjaman secara online (ePinjaman).
·         Setelah berjaya membuat permohonan secara online, pemohon MESTI mencetak borang permohonan tersebut dan perlu diserahkan kepada pegawai unit tajaan dalam tempoh seminggu selepas daripada orientasi pelajar.


No comments:

Post a Comment